Tuesday, November 3, 2009

Kitar Semula ..... Kreatif



Kondominium Oriental Pied-hornbill ( Enggang Kelingking ) dibuat dari bahan terbuang seperti papan pintu, tin minyak. Di bina di kawasan yang kekurangan pokok2 besar yang berlubang. Tempat bertenggek ada mekanisma penimbang digital, camera ada dua, di pintu masuk dan dalam. termometer digital di dalam sarang. so selain dapat merakam vedio burung enggang ini bertelur dan menjaga anak, berat dan suhu juga dapat dikaji bagi konservasi burung ini... GOOD IDEA..



kerusi nie diperbuat dari botol plastik... plastik dicairkan dan di tuangkan keatas adunan besi secara rawak dan berjalur. tapi yang nie kene ada mesin dia kalu nak buat dalam skala yang besar. tapi kalu korang nak buat dalam sekala kecil boleh kot... macam buat tangan lilin la konsep dia....



boring dengan frame kotak pada cermin muka di rumah anda. contoh diatas senang nak buat... hanya lipatan mukasurat2 majalah yang dah lama dan cantumkan semua lipatan dah membuatkan cermin muka di rumah anda nampak menarik. ikut daya kretiviti anda la....



kotak papan lapis atau pintu plastik sebagai rangka, hiasan luaran adalah gulungan kertas majalah dan disusun bentuk papan catur.... emmppp menarik gak bagi melindungi bentuk dan warna pasu bunga anda. apa lagi,,, gerakkan bandan anda dan binala satu...




SIMBOLIK KEPUPUSAN.... Merak Hijau ( dah pupus di Malaysia ) ini diperbuat dari keratan halus tin-tin minuman aluminium 7UP. Tin aluminium apabila dipotong dengan gunting dalam sais memanjang ukuran lebar lebih kurang 2mm akan bergulung secara automatiknya.... hahahah... disusun dibentuk dan dikemaskan pada rangka dawai berbentuk Burung Merak.... huhuhuh lama nyer kerja... tapi hasilnya berbaloi2. jual pun ada harganya...



nie aku tak tahu botol apa, nampak macam botol racun tapi besar sangat nie... di lukis pada bahagian luar atau pun ada gak yang menampal plastersin benbentuk corak dan ukiran alam. emmppp menarik tau kalu susun banyak2 di satu sudut dalam umah...



nie dari botol plastik dan reben... ayaman tikar dibuat dan dijadikan bekas pensil dan macam2 lagi lah.




keratan akhbar, majalah dan buku komik, dilaminasikan untuk bahan pameran... bagus2...



keratan papan lapis dan pintu plastik, apa2 yang berpemukaan rata dan boleh dijadikan tampalan pada syiling wakaf mahupun rumah jika anda suka.... projek yang bagus untuk sekolah2... agak melampau kreatifnya... lukisan alam menyerlahkan lagi kreativiti si pembuat. GOOD IDEA




huhuhu.... peti surat ala2 barat.... go to the h&@# peti surat merah... hahaha... bahan2 dari lebihan potongan paip PVC saiz besar, muat2 tangan, papan dan tin minyak... yang nie pun bleh buat rumah burung gak...