Monday, March 10, 2014

SURVIVAL ( WATER )..... Cara-cara mendapatkan air.

Sekiranya anda berada jauh atau tidak menjumpai sumber air seperti sungai, anak air, lopak air, anda boleh mendapatkan air dari tumbuh-tumbuhan dan tanah.

BULUH

Pokok buluh mempunyai ruas-ruas dan berongga di tengah-tengahnya. Dengan mengetuk2 pangkal buluh, anda bernasib baik tuntuk menemui ruas buluh yang mengandungi air. Ianya menakung air hujan melalui lubang2 kecil yang dibuat oleh serangga, binatang ataupun kecacatan ketika tumbuhnya.

Pastikan anda menapis dan memasak dahulu air yang ada dalam pohon buluh bagi mengasingkan bendasing yang memudaratkan badan.

AKAR PEPANJAT @ LIANA

Tidak semua akar liana@ Pepanjat airnya boleh di minum, terdapat akar liana yang airnya bergetah, mengeluarkan bendalir yang menyebabkan gatal dan bewarna. Pastikan anda membuat ujian lihat, sentuh, sapuan di kulit, dan rasa sedikit sebelum mengumpul airnya untuk di minum.


Akar pokok dan akar liana yang boleh diminum airnya mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan air darinya. Dengan cara memotong kepada beberapa keratan sepanjang 2-3 kaki, susun seperti gambar rajah di atas untuk mengumpulkan airnya. 

RUMPUNAN DAUN POKOK

Pokok menjalankan proses fotosintesis untuk menghasilkan makanan. Dalam proses tersebut pokok membebaskan Oksigen ( O2) dan wap air tersejat dari daun pokok ketika hari siang. Pada malamnya pokok berespirasi membebaskan wap air.

Dengan menggunakan beg plastik, anda mampu mengumpul wap-wap air untuk dijadikan air minuman. Seelok2nya pilih rumpunan daun pokok yang dilimpahi sinaran matahari bagi mendapatkan wap air yang banyak.


Di atas adalah contoh bagaimana cara untuk mengumpulkan air dari tanah. Meng"hack" proses sejatan yang berlaku pada tanah ketika suhu panas memberikan pulangan yang agak berbaloi.

Jangan Lupa Didihkan Air Tu Sebelum Minum.

SELAMAT MENCUBA..










SURVIVAL ( WATER ) ..... Cara-cara membuat penapis air...


      Ketika berada dalam mode survival.. air adalah salah satu element penting untuk kelangsungan hidup. 
Survival dalam kawasan hutan di Malaysia, untuk mencari air mungkin tiada masalah bagi sesetengah penggiat aktiviti luar, namun kadangkala situasi yang tidak diinginkan perlu kita jangka. 

      Pengalaman -pengalaman lalu mengajar penulis agar tidak memandang rendah dengan bentuk mukabumi hutan di Malaysia. Situasi di mana anda berdepan dengan kesuntukan masa mencari sungai dan sumber air, yang ada hanyalah lopak air yang tidak ada aliran air, ada berudu dan benda akuatik lain di dalamnya.
Mari kita cuba atasi masalah ini.

Ikhtiar Hidup : Membina Penapis Air.

         Tujuan membina penapis air adalah untuk mengasingkan partikel-partikel asing yang tidak diperlukan untuk kita minum. Partikel2 kasar seperti kelodak air, berudu, habuk-habuk tumbuhan yang reput dll kebiasannya ada dalam lopak air..


Penggunaan Kulit Kayu Sebagai Penapis.

Penggunaan Beg Plastik Sebagai Penapis.


Penggunaan Kain @ Baju sebagai penapis.


Contoh Penggunaan Rumput, Pasir Dan Arang.

 Contoh Penggunaan Batu Kerikil, Pasir Kasar, Pasir Halus dan Kain.

PASTIKAN AIR YANG DITAPIS , DIMASAK DAHULU SEBELUM DI MINUM.

SELAMAT MENCUBA




Sekitar Perjalanan Aktiviti Jungle Cleanup di Hutan Lipur Lenggeng